Hati Terusik's FotoPage

By: Hati Terusik

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  >  >>]    [Archive]
Saturday, 25-Nov-2006 07:58 Email | Share | | Bookmark
Timur atau Barat



Kadang-kadang terasa diri bagaikan tiada arah yg ditujui...Adakah aku sudah sesat?
Tiada membawa erti kepada sesiapa,apatah lagi aku dianggap yang paling membebankan.Itu sangat menyedihkan..Keyakinan yg dirasai mula lenyap,mula terbarai,tidak lagi merasai sesuatu yang istimewa..

Mahu sahaja aku menyorok jasad yang tak keruan ini,menghilangkan diri menonjol kehadapan...Seperti tidak mahu berhadapan dengan sesiapa

Fikirkan wahai budak bangsat..


Thursday, 23-Nov-2006 12:01 Email | Share | | Bookmark
Ipoh:Old Town

 
 
 
View all 18 photos...














Tuesday, 21-Nov-2006 08:39 Email | Share | | Bookmark
LomokidS membawa anda ke Ipoh "Moh ke Ipoh"

 
 



REPORT SEPANJANG KL - IPOH

2:45 AM
Semua peserta telah berkumpul ke rumah Yanniz dengan persiapan
yg telah yg secukupnya.Ada yg membawa bantal, baju, suar tdo cap ibu dan anak, anak patung Barbie, daun sirih(bagi yg makan), selimut, kucing peliharaan dan pelampong yg gemok(ade ker).Kami membahagi kepada 5 kumpulan iaitu

Kumpulan Kelisa:
Sepet
Enot
Lala
Diana

Kumpulan Kenari:
Moq
Kury
Yan
Wanzo

Kumpulan Kancil Hitam:
Zarif
Acit
Terusik
Yanniz

Kumpulan Satria:
Dahlia
Azri
Freaks

Kumpulan Kancil Kelabu:
2 orang jejaka (Kawan Yan)



3:00AM
Bertolak dari rumah Yanniz ke Ipoh dengan hati yg gumbira teramat sangat kerana destinasi yg ditujui adalah salah satu tempat yg indah, tulang belakang Malaysia, kaya dengan pelbagai flora dan fauna, bangunan lama dan gadis2 yg jelita(nyam)


3:40AM
Singgah di Projet untuk mengisi minyak yg kekosongan, membeli makanan untuk perut yg kekosongan, membuang air yg kepenuhan, mengurat anak dara di kaunter Projet, yay!dapat no hp dia(betul ker?)...wiwits..


3:55AM
Menyambung perjalanan semula ke Ipoh diketuai oleh Zarif(pemandu pelancong) diikuti oleh kawan-kawan yg lain.Penulis bersama Acit, Zarif dan Yanniz menyanyi lagu "Isabella adalah.."" sambil memakan "jajan' dan minuman berjenama Coca-cola berperisa Vanilla..ngap..ngap...Yanniz meminta sedikt kepada Zarif air itu tetapi dia tidak mengendahkannya...lalu Zarif meneruskan minumannya masuk kedalam mulut sendiri dengan kenyetan mata sambil diperhatikan oleh Acit dengan hati yg sedey dan sadis..(belai2 Zarif, kunun2 dapatla..tapi tak dapat jugak.wakak, kejam betol!)
Walaupon mereka tidak dapat minuman itu, sayangnya mereka pada Zarif tetap ada, betapa mulianya hati mereka terhadap budak yg tak guna itu(betol ker).Penulis berbekalkan air mineral dan "jajan" Twisties memberikan sedikit makanan itu kepada semua.Betapa baikknya penulis kepada rakan-rakannya yg sedang lapar, tak sampai hati melihat mereka memakan tisu, kulit kacang, span tempat duduk, jilat tingkat kereta, plastik ais krim dan gigit tali kasut dan bermacam-macam lagi, tak sampai hati untuk melihatnya
Lagu Mogwai berkumandang sebanyak 18x..huhu..haih, layan dud..Aksi Acit memakai topeng hiburan kitorang dalam kereta..sungguh lucu sekali, Yanniz amat suka ..ketawa trbahak-bahak..Acit mengacau kehadiran kereta yg memotong Zarif lalu mengeluarkan kepala sambil muncung bergerak2, haha..Kereta yg memotong Zarif terus tidak jadi untuk potong, memperlahankan kereta akibat takut(dia fikirkan maknyah seksi yg ingin menciumnya..(bibir racun tue)barang power)tergelak2 kereta itu melihat telatah acit yg sungguh luar biasa lalu berehat seketika memakan jajan dan meminum air..
Zarif mula menguap..aksi itu disedari oleh Yanniz dan berkata"ko menguap tak tutup mulut.mak aku kata, nanti setan masuk dalam perut ko..ko akan jdik lalai dan leka, haha..lain kali tutup mulut tau" kata Acit pula "ko nak menguap boleh..janji jgn tdo..kang akan tidur selamanya kang" kata penulis" ko menguap kali ke2, aku simbah ngan air coke"hehe...terus si Zarif segar...dia takut akan kitorang...(taupon takut)
Yanniz cuba untuk tidur tapi sukar untuk melelapkan mata, agaknya keadaan bunyi lagu yg agak kuat..haha..tapi takper dari dia menguap 16 kali, baik dia bukak lagu tu kuat2..takdelah dia ngantuk sangat...Yanniz bengang dan terus bermasam muka(betul ker?)huh..
Acit mula senyap..tiada sebarang kelincahan yg ada.mungkin dia mulai ngantuk..dan berkata"Wei Zarif, aku tidur 10minit lah...nanti aku bangun" "cis!" kata Zarif di dalam hati..kata Yanniz "ko jaga ko, dok sebelah jgn tidur, temankan pemandu lah, kejam sungguh" kata Penulis"nak kena air coke jugak ker?" Acit tidak mempedulikan kata itu..dia memberanikan diri lalu terlena..haha..(tak makan saman betol).Jam menunjukkan pukul 4:30 pagi..Acit masih belom terjaga..makin sedap dia menyandar, makin sedap dia mengeluarkan air liur yg masih tidak putus2..
Aku pon mulai rasa geram, skang giliran aku pula untuk tidur..haha..golek punya golek..pusing kiri dan kanan..masih tidak dapat menutupkan mata..walaupun mata ini sudah layu..bak bunga yg layu dahagakan air, sperti itu yg ku rasakan(ewah dud!)...




5:00AM
Berhenti di Tg Malim sebentar berehat sekejap.Apa yg penting adalah kerana si Diana Hamasuba tidak tahan untuk membuang air kecil, haha..dah terkeluar sikit dah katanya, habis seluarnya basah kuyob..cian dia..Kata Razif, "lain kali pakai lampin la"
Diana kata "tak sayang , mulut ker?...semua tergelak melihat telatah mereka.(main belasah)
Tiada apa yg menarik disini, hanya berhenti dan berehat seketika..


5.00AM
Penulis menerima panggilan dari Moq...tut..tut..tut.lalu aku mengangkat telefon"hello"..kata Moq "Ali, suruh Zarif bawa laju sikit..dalam 110/120km..cepat sampai, cepat berehat"....hehe..Penulis mengangguk kepala tanda faham.Kata Penulis"Woi Zarif, Moq ckp kat aku..ko ni comel dan hensem"Zarif tersenyum tanda bangga(padahal aku sedapkan hati dia jerk)
Kesian dia kena tipu.Penulis melihat cubaan Yanniz untuk tidur buat kali ke-2, rupa-rupanya anggapan aku silap sama sekali, haha..Yanniz bukan tidur, dia cuba untuk lelapkan mata tetapi tidak boleh untuk tidur..terpaksalah ko melayan aku Yanniz...(heheh, ketawa jahat)
Yanniz membelek2 kameranya, membersihkan lens yg dipenuhi(betapa sayangnya pada kamera itu)..sambil "snap" keadaan diluar yg gelap..
tanya hatiku"agaknya Yanniz memang dah betol2 bersedia untuk mengadap Ipoh kejap lagik..persiapan yg secukupnya..ade camera, ade payung, ade lomo, ade selimut, berus gigi.sabun, dulang, tudung saji, make up, sabun glo, minyak tanah, lilin asko, lada hitam, lada kering, ikan bilis terengganu.wah!banyaknya(sekadar panjangkan cerita)wkaka..

5:34AM
Penulis ternampak papan tanda yg tertera "Ipoh 84km "
haha..dah nak dekat nie..yay!Melompat-lompat lalu terkena bumbung kereta, adooooi!..yeha!Yanniz terus menyanyikan lagu negeri Perak..(pandai Yanniz nyanyi lagu itu)

5:47
Berhenti di Tapah untuk berehat dan menunaikan solat(yer ker)Kury bersenam2 seketika, menghilang kesakitan otot2, Moq melapaskan geram dengan menghisap rokok sebanyak 20batang, Lala, Enot, Diana yg tidak sudah2 pergi ke bilik air, Acit pula mula memakan rumput kering akibat lapar teramat, Zarif pula yg secara kejutan mengejar anjing yg lalu disitu..lalu baling batu, freak memanjat pokok mangga..dan apabila aku menanya kepadannya"ko nak buat apa ngan mangga itu" dia menjawab "aku nak buat jerok nanti...separuh lagik nak tanam tepi rumah....hahaha
Wanzo kesedihan apabila seliparnya putus...Yan menari dengan orang india(pemandu lori mabuk)Dahlia tengah kopek tebu...dan yg lain2...gi tembak gagak..wkaka..*mulai buntu nie*(main belasah)



6:00AM
Meneruskan perjalanan kembali menuju ke destinasi yg ditujui dengan keadaan yg makin segar


6:38
Sampai ke Ipoh, berhenti sekejap di Simpang Pulai dan mengeluarkan kamera masing2, sesi bergambar beramai-ramai dimulakan..ada yg mengambil gambar dipapan tanda yg tertera"Moh ke Ipoh"kemain suka lagi budak2 ini(terutama Moq 25thn)haha..Cam nak lepuk jerk..kata Zarif dan Acit...



7:15AM

Sarapan pagi beramai-ramai di Nasi Kamdar Nasmir dengan penuh keseleraan dan gelak tawa yg menghiburkan.Masing2 menunjukkan rasa lapar..muka yg garang seperti sudah sekian lama tidak menjumpai nasi..terutama Zarif dan Yan(ni pon aku main blasah)Ade yang mengorder teh o ais, milo panas, air ikan, air perigi, water colour(ceh!omputih kunun)air sirap, teh tarik, air cond(eh ade ker?)air kelapa, air masak, air mata kucing....

Yanniz-teh o ais roti kosong
Acit-Nasi Beriani
Moq-Nasi Himpit dan Rendang(woi..raya dah abislah..)
Yan-Makan hati
Kury-makan kura-kura(betol ker?)
Diana-cencalok dan pisang tandok(hehe)
Lala-Ikan Patin masak lemak cili padi(dia makan orang, teror)
Enot-Nasi Lemak dan milo ais
Wanzor-Makan kicap jerk
Sepet-Makan tin milo
Zarif-makan semut
Freak-makan hati ngan mamak tue, makanan dia tak smpai
2 0rg kawan Yan-makan diri masing..gigit daging sendiri..(wakaka)

p/s:Makanan dan minuman mereka adalah tidak betol, sekadar perhiasan sahaja, aku tak ingat korang makan apa..aku main bedal jerk!..sebab aku yg mengade nak tulis walaupon aku tak ingat..

Mamak menjadi model kitorang masa itu..mempromokan Event RANTAI, group lomokids...memegang sticker dan "snap..snap" smile...klik!

Lepas makan hisap rokok..(bagi lelaki)
Lepas makan make up(bagi wanita)



8.00AM
Habis breakfast dan bergerak ke Lowkeen..Keadaan yg semangat walaupon ngantuk!


8.0015AM
Sampai ke Pasar Lowkeen..melihat keadaan dipasar itu.."snap "Keadaan pasar yg sangat meriah walaupon keadaan masih awal pagi..pekikkan"murah..murah...." teriakkan"bang..bang..murah bang"..ade menjual barang lama, barang2 antik..jual barang perhiasaan, barang dapur...dan sebagainya..terasa sesuatu yg baru bagi aku
..Sangat menarik..sungguh teruja..tidak dapat aku lupakan..kali pertama menjejakkan kaki disini...
Kury membeli cermin mata...lala membeli cermin mata juga..Zarif membeli kamera antik, Enot membeli sticker Doraemon, aku hanya memcuci mata sahaja...tengok anak dara sahaja..(hahaha)Moq membeli pistol air...hahaha...
Mereka mula mengeluarkan kamera lomo memasing..mengambil gambar disitu...menunjukkan skills masing2...sangat kagum melihat mereka...
Aku, Acit dan Moq mengambil gambar berlatar belakangkan awan yg cantik mantik..berposing2..terkinja-kinja macam monyet..rakan2 yg lain hilang entah kemana..agaknya pergi membeli sesuatu lalu menghadiahkan pada kekasih..keke..dan bergambar tempat yg mereka suka..
Dsini sudah nampak keletihan yg mereka rasai, setiap raut wajah yg huduh mereka..sudah cukup kugambarkan mereka kurang tdo dan keletihan..tapi dengan keyakinan dan usaha yg gigih..mereka menguatkan semangat..cuba untuk tersenyum selebar yg mungkin..menghilangkan kerut muka yg nakal...manangkis segala rungutan yg menebal...
Hasilnya sangat berbaloi...


10:15AM
Bergerak terus ke Old Town.Para peserta memulakan hasrat mereka untuk bergambar, melihat keadaan bangunan, berjalan-jalan sambil memegang payung dan belon, posing2 depan camera, carik batu dijalan raya(manalah tahu ada jumpa duit rm 100, sedap juga)huhu..Penulis melihat gelagat pelbagai ragam, perlbagai candid kawan-kawannya mengambil gambar..ade yg menyarap, ade yg sedang berguling-guling ke tanah sambil makan ais krim(teror betol)ade yg membengkok, menyangkung dan macam2 lagi..Mereka berpecah, ade yg ke timur, , ade yang ke barat..dan ade menuju ke tenggara...(tak tau bukak kompas)
Mencari sudut yg menarik..memilih tempat yg terbaik untuk "di snap"sangat hebat mereka...Matahari mula menyinari keadaan..rasa panas yg dirasai..itulah dugaan kami, kami tidak pedulikan itu semua..hati kami sangat kental....sangat ajaib
Akhirnya Aku.Yanniz dan Zarif berselindung dari cahaya matahari..kami sangat panas, kami sudah berpeluh..kelengkang kami berair...hampir banjir disetiap sudut..lalu aku masuk ke dalam bank..menghilangkan sedikir rasa panas..sempat bergambar disitu..heheh..tq Yanniz..
Mula keluar didalam bank..aku mencari kedai untuk membeli air..menghilang rasa dahaga yg amat sangat..Akhirnya aku memperolehi 100plus sebotol..lalu dingecek oleh Kury, Moq, Azri dan Acit...(ganti balik air aku)...gurau!
Lalui corong2 yg sunyi..melihat keadaan belakang bangunan..sangat cantik, ternampak sidaian baju yg wangi..haha..sotong pon ade(tak guna punye amoi)
Kami berkumpul semula setiba masa yg ditetapkan.."snap" untuk photo group...


12:00AM
Makan tengahari beramai-ramai, menikmati makanan nasi campur dengan makan yg amat gelojoh sekali..hanya meninggalkan secebis tulang sahaja(Zarif punye pinggan)..membasahi rasa tekak yg kering...Layanan istimewa diberikan oleh peniaga disitu..sayang makcik itu..hug2...
Masing2 melihat hasil gambar yg mereka tangkap..jawapannya adalah"wow!"
sangat cantik...sangat profesional mereka..


12:45PM
Bergerak ke Gunung Lang.Sangat cantik tempat disitu...
mengambil gambar...lalu bergegas ke sebuah tasik..Tasik itu sangat mengagumkan..berlatarbelakangkan gunung..langit yg membiru..ikan yg gemuk2..libasan ekor ikan yg menghancurkan suasana sepi..seperti meminta simpati dari manusia.."saya lapar" kata ikan itu...
Kami bercadang untuk menikmati keindahan tasik..kami ingin naik bot..akhirnya kata setuju yg diberikan..kami menunggu giliran untuk naik ke dalam bot...akhirnya hujan yg kami dapat...kami mula rasa sedih..Adakah kami kempunan untuk naik ke bot?..hujan tidak henti2 lagi..akhir kami pulankan duit masing...haha..
selama 10 minit..akhirnya hujan berhenti mengeluarkan tangisan..kami mengumpulkan duit masing2...kami amat gembira..kami melompat keriangan..senyum2 tak henti...kami pon turun ke jeti sementara pemandu bot menghidupkan enjin...pemandu itu tidak berjaya menghidupkan enjin...dia tidak putus asa untuk memperbaiki kerosakkan itu..lalu mencubannya..embek..embek..moo..moo.."bunyi enjin tersebut"hahaha(lawak siot)
Selama 20 minit kami menunggu..akhirnya kami tidak berjaya menikmati keindahan tasik itu...sangat kecewa..sangat mendukacitakan...kami kempunan"kata Yanniz dan Zarif..Acit merajuk dengan pemandu itu..hahaha

2.30PM
Kami merancang untuk meninggalkan Ipoh.Aku ingin balik ke Kuala Kangsar..
Kawan Yan menjemput aku ke keretanya..menumpangkan aku pergi ke Bus Station..
Terharu melihat layann yg diberikan..Tq kawan Yan(tak tau nama)

2:45
Penulis berpisah dengan kawan2..mereka menuju ke kl..dan aku pula menuju ke Kuala Kangsar..sedih yg dirasai oleh aku...Walaupun aku tidak menemani kamu..tetapi aku rasai korang dekat dengan aku..Tq..rindu dengan korang.."semoga selamat sampai"kata penulis..sambil melambaikan tangan kepada mereka..



Friday, 10-Nov-2006 22:09 Email | Share | | Bookmark
KLCC:hey dud!

ise and shuji


Thursday, 9-Nov-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
tak elok BERMASAM MUKA!

 
 
 
View all 4 photos...




[<<  <  [1]  2  3  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net